Tuesday 30 September 2014

Perdana Menteri Ke-2 - Abdul Razak Hussein

Tun Razak adalah Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Barisan Nasional, yang merupakan parti pemerintah parti-parti politik yang memegang kuasa di Malaysia hingga ke hari ini.




Nama penuh : Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein
Tempat lahir : Pulau Keladi, Pekan, Pahang
Tarikh lahir : 11 Mac 1922
Tempoh berkhidmat : 3 tahun (1970-1976)
Tarikh meninggal dunia : 14 Januari 1976
Digelar : Bapa pembangunan

Pendidikan


Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.

Selepas peperangan, beliau pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di Malaya. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.




No comments:

Post a Comment