ZAMAN PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU
Sipnosis
Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya,
wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur
Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana
kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia
Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama
khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai
agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana
rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan
Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan
Brunei dan Kesultanan. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain
diwujudkan pada 1826 dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan
kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula
mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan
persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah-masalah
penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula
daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu,
Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke
tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan
British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan
pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu
dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana
usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut
dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yang bangun menentang
penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk
Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan
komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat
dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat
imigran. Justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun
menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan
mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang
membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal
mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama
Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.
Objektif kajian
1) Mengetahuai sejauh manakah pengetahuan
remaja masa kini tentang sejarah zaman penjajahan British di Tanah Melayu
2) Menghuraikan semangat penentangan
terhadap pendudukan kuasa asing, kesan –kesan pendudukan tersebut dan
perjuangan ke arah kemerdekaan.
3) Mengenali tokoh -tokoh yang telah
berjuang demi menjaga kedaulatan Tanah Melayu
Permasalahan kajian
1) Ingin mengetahui sejauh manakah
semangat kepahlawanan pejuang tanah melayu dalam usaha menjaga kedaulatan tanah
melayu.
2) Ingin melahirkan bakal pemimpin yang
bijak menjalinkan kerjasama dengan negara luar agar tidak terpengaruh dengan
taktik yang digunakan oleh orang luar untuk menjatuhkan negara.
3) Ingin mengetahui strategi british
terhadap penguasaannya terhadap tanah melayu
No comments:
Post a Comment