Peristiwa 13 Mei
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang
berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang
mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang
rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia.
Latar belakang
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi
tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum
di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta
ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan
soal-soal sensitif berkaitan denganBahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayusebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah
mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang
dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi
pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah
kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi
dalamDewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan
kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk
dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya
di sekitar Kuala Lumpur.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan
Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di
kawasanBatu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan
kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor.
Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru.
Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu
UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya
rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan
mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka
menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang
mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (‘menyingkir’)
orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi
yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang
Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya
turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua
diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian
bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden
Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan
semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969
yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan
emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini
tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di
Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’ Harun Idris
selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan.
Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang
panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato’ Harun Idris untuk
mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli
parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian
pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri
Besar Selangor.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan
Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya
dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKMdan kongsi-kongsi gelap
telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala
Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai
senjata besi, tombak danlembing berparang di hujung seperti dalam filem lama
Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua
orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar
Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga
keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari
Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang
Melayu,Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang
Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut
laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan
yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina
dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri
Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan
Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan
Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar
Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas
Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut
berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong
bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap,
dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada
bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini
.
.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak
mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa
iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari
kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai
yang mati. Ini termasuklah dua orangAskar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,
Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur
yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura
mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini,
orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang
dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang
datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang
tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat
mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik
hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera
Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di
Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan
tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang
memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga
telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai
yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala
orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan
Pahang.Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang
pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma
ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah
pergaduhan “politik” dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat
Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan
tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia
merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di
negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.
Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana
ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan
orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.
Angka korban
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan
9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi
dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeleymenganggar
seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang
dari Alor Starmeraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala
Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman.Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan
Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di
seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak.
Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman
dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan
itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” (“Malay
Dilemma“) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir
memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah
diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan
seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah
diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura
dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969
merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah
air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi
kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional
dibentuk.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi
Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap
berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah
dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya danagihan kek ekonomi (hak-hak
keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.
Ver ver good çok güzel.
ReplyDeleteİnstagram Organik Takipçi Satın Al
Twitter TT Topic
Twitter Takipçi Satın Al
İnstagram Beğeni Satın Al
Youtube Abone Satın Al
Youtube İzlenme Satın Al
Tiktok Takipçi Satın Al